Wednesday, 24 May 2017

KELAS PECUTAN 2017 (FORMULA CARA KAMI)

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum semua.

Sudah lama rasanya cikgu tidak mengemaskini blog Azzahra Home Tuition. Sejak awal tahun 2017 lagi cikgu agak sibuk dengan urusan-urusan yang berkaitan dengan pelajar-pelajar Azzahra. Ada yang nak kelas persendirian, ada yang nak kelas tambahan, ada yang nak daftar kawan-kawan, ada yang dari asrama pun nak kelas dengan tutor Azzahra

Tapi hari ini cikgu tak nak citer kesibukkan dengan operasi Azzahra tapi ada yang lebih penting dari itu, iaitu, KELAS PECUTAN 2017(formula baharu)

Bagi yang pertama kali dengar mungkin agak keliru. Ini bukanlah kelas lumba lari, tapi ini adalah kelas intensif yang dibuat oleh team Azzahra Ht atas inisiatif team sendiri untuk membantu pelajar-pelajar Azzahra HT dan juga pelajar-pelajar lain bagi menghadapi peperiksaan UPSR

Jangan salah faham, kelas tuisyen beroperasi seperti biasa, dan kelas ini adalah tambahan. Kita akan menggunakan formula-formula yang kita telah guna untuk pelajar-pelajar yang lepas dan alhamdulilah majoriti berjaya. Hanya pada Allah kami bersyukur

Kini giliran anda pula merasai SEBUAH KEJAYAAN

"WE WILL NOT STOP UNTIL WE SUCCEED"

Kejayaan bukan suatu pilihan tapi adalah SATU KEPUTUSAN

Buat lah keputusan untuk berjaya!

Rekod kejayaan bukan untuk dipegang tapi dipecahkan!

Tiada yang mustahil, kita berusaha yang memberi Allah

Selain usaha, pelajar-pelajar juga WAJIB solat 5 waktu kerana Allah telah berjanji siapa yang solat dia akan berjaya

=====================================================================

BAGI YANG BERMINAT;

DETAILS SEPERTI DIBAWAH;-

Azzahra home Tuition kini kembali lagi dengan menyediakan kelas pecutan UPSR 2017 di mana ini adalah rahsia kejayaan pelajar-pelajar kami berjaya pada peperiksaan upsr yang lepas.
Kelas Pecutan UPSR:

1. Fokus kepada teknik-teknik menjawab soalan-soalan upsr dengan cara betul agar pelajar dapat markah yang penuh.
2. Membiasakan diri dengan soalan-soalan yang biasa keluar UPSR agar pelajar tidak terkejut dengan format-format soalan UPSR.
3. Latihan diberikan oleh guru-guru yang berpengalaman dan terbukti pelajar-pelajarnya berjaya.
4. Kelas dilakukan didalam kumpulan pelajar yang kecil agar pelajar dapat diberikan perhatian yang penuh.
5. Soalan-soalan pelajar diberikan secara percuma.
Ayuh....

Jadi apa lagi ! jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak anda dengan segera.
WHATSAPP SEKARANG UNTUK MENDAFTAR!



  • Cikgu Solehah : 012-542 1825
  • Cikgu Solehah : 012-542 1825
  • Cikgu Solehah : 012-542 1825



SEMENTARA MASIH ADA KEKOSONGAN TEMPAT!

Pelaburan bijak... demi masa depan anak anda..

#AzzahraHomeTuition
#QualityAndFunLearning
#CreatingFutureTogether
#Selayang



Wednesday, 19 April 2017

JAWATAN KOSONG (TUTOR/CUSTOMER SERVICES/HR)

1) Tutor/ Guru Tuisyen Separuh/ Sepenuh Masa.
2) Penolong Pegawai Sumber Manusia.
3) Penolong Pegawai Khidmat Pelanggan.


Azzahra Home Tuition menyediakan perkhidmatan kelas tuisyen dan home tuition kepada pelanggan di sekitar Selayang. Kami sedang mencari individu-individu yang berbakat untuk mengisi kekosongan jawatan. Maklumat adalah seperti berikut:


1. TUTOR/ GURU TUISYEN SEPARUH/ SEPENUH MASA

kami dari Azzahra Home Tuition memerlukan guru/ tutor yang penyayang, berdedikasi, bersemangat, positif, ceria dan yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar.
Boleh mengajar bagi subjek-subjek sekolah RENDAH & MENENGAH berikut :-

- BAHASA MALAYSIA
- BAHASA INGGERIS
- MATEMATIK
- SAINS
- SEJARAH
- MATEMATIK TAMBAHAN
- FIZIK
- KIMIA
- BIOLOGI
- KELAS IQRA' & MENGAJI AL-QURAN


2. PENOLONG PEGAWAI SUMBER MANUSIA

Peranan :
1) Menguruskan Temuduga, Kenaikan pangkat, Pentadbiran gaji dan elaun.
2) Pentadbiran pelbagai kemudahan dan keistimewaan.
3) Menguruskan Latihan kepada pekerja
4) Menguruskan Pentadbiran pelbagai cuti, Penilaian prestasi pekerja, Kesihatan dan keselamatan pekerja.
5) Menguruskan Disiplin pekerja, Penamatan perkhidmatan.
6) Penyimpanan rekod dan sebagainya.


3.PENOLONG PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

Peranan :
1) mengendalikan dengan cekap semua panggilan telefon.
2) melayani para tetamu atau pelanggan yang ingin berurusan dengan jabatan.
3) memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.
4) membantu tetamu atau pelanggan yang menghadapi masalah sehingga isu berbangkit selesai.
5) memaklumkan dari masa ke semasa tentang aduan yang dilaporkan oleh pelanggan.


===============
SYARAT - SYARAT
===============

1. Kelulusan MINIMA DIPLOMA dalam apa-apa bidang yang berkaitan.
2. Boleh dan MINAT MENGAJAR (Untuk Tutor/ Guru Tuisyen).
3. Menjaga SOLAT& Menutup AURAT.
4. Boleh memberi KOMITMENT sekurang -kurangnya 6 BULAN mengajar. (Untuk Tutor/ Guru Tuisyen).
5. TIDAK MEROKOK
6. Boleh DIBIMBING dan mendengar kata.

===========
BERMINAT ?
===========

Emailkan RESUME anda ke azzahra_tc@yahoo.com dan nyatakan SUBJEK PILIHAN ANDA.

Contract Type: Part-time/ Fulltime
Category: Education/Training
Job Location: Selangor (Selayang)

Email Address to Receive Resumes: azzahra_tc@yahoo.com

#Jawatankosong
#AzzahraHomeTuition
#Selayang #BatuCaves #Gombak #Rawang

ANAK-ANAK PERLUKAN MOTIVASI

Cikgu macam mana ya? anak saya macam tidak belajar la cikgu.. result pun saya tengok xde imrovement....
Ini merupakan salah satu msg yang kami terima daripada salah seorang ibu keada pelajar kami...
Setelah berhadapan dengan beratus-ratus "case study" kami "narrow down" kan beberapa cara dan penyelesaian untuk ibu ini

Salah satunya adalah dengan membawa anaknya ke mana-mana kem motivasi. Tanpa sebarang bantahan ibu ini mendaftarkan anaknya ke kem motivasi yang serasi dengan jiwa anaknya.

Selepas sahaja kem motivasi tersebut selesai, ibu ini dapat lihat perubahan pada anaknya yang ketara. Anaknya menunjuk minat untuk belajar dan semakin mendengar katanya. Beliau sangat bersyukur
Baru-baru ini selepas ujian 1, beliau sangat bersyukur kerana pretasi anaknya meningkat. Dulu ekonomi tak pernah lulus, sekarang dah dapat B. Dulu matematik tak pernah lulus, sekarang B. Alhamdulilah. Beliau sangat bersyukur dan terharu, lama sudah beliau mendoakan kejayaan anaknya, alhamdulilah, kini sudah menampakkan sinar

kami di team azzahra akan terus memberi motivasi dan kata-kata perangsang kepada ibubapa dan pelajar untuk terus berusaha dan buat yang terbaik!
Ibu ini pernah hampir give up dengan anaknya, jika saat itu beliau give up, mana mungkin akan beliau dapat hasil seperti sekarang

"Quitter never win and The winner never quit"

Kata-kata yang selalu saya berikan kepada ibubapa masa sesi konsultasi, jangan terus mengalah puan, perjalanan masih jauh, masih ada harapan untuk mereka yang terus berusaha. Kita berusaha sama-sama, kita bantu anak puan. Kita bantu mereka sehingga berjaya

"Buah musang king kita tak akan dapat kita rasa, jika hari ni taman, esok nak makan buahnya.
Yang baik selalunya akan mengambil masa
Kepada ibubapa, teruslah kenali anak kita, tahu kelemahan mereka yang hendak kita perbaiki dan cari titik keserasian

Jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya

Iklas,
Azzhar Home Tuition

Saturday, 11 March 2017

ANAK BERJAYA, IBU SENANG HATI...


Usaha selama ini dan akhirnya anak ini bakal menjejak kaki dan menjadi pelajar SMAP KAJANG ( SEK MEN AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG)
Alhamdulilah...
Usaha ini bukan usaha yang biasa-biasa
Usaha ini adalah usaha yang luar biasa
Memandangkan setiap anak-anak punya cara dan karakter yang berbeza, jadi, of course cara untuk belajar juga berbeza
Untuk mencapai sesuatu MATLAMAT, kita perlukan strategy. Dan strategy akan berubah apabila strategy A tidak berjalan. Kita perlu banyak back up strategy, A-Z
Di Azzahra HT kita akan memberi KHIDMAT NASIHAT kepada ibubapa dan STRATEGY/PLAN untuk setiap anak. Kita juga ada back up planning untuk setiap pelajar-pelajar
Pelajar juga boleh mendapat khidmat nasihat dari kami sekiranya mereka punya masalah yang berkaitan pelajaran atau peribadi
Bagi Ibu ini, kami banyak berbincang tentang rancangan yang terbaik untuk anak beliau. Jika A tak berjaya, kita tukar rancangan ke B.
Selain itu, faktor prihatin ibu bapa tentang pelajaran anak-anak DI RUMAH juga amat penting. Ibu ini ada bagitahu saya, beliau sangat tegas dalam jadual harian anak-anak di rumah. Ada masa tgk tv, ada masa tgk buku, ada masa solat, ada masa memgaji alquran. Seimbang
Antara faktor lain juga ialah KEM MOTIVASI. Anak-anak perlukan kesedaran dan motivasi untuk menyedarkan mereka tentang apa kenapa perlu menjadi seorang yang berjaya? Mereka perlu tahu kenapa mereka belajar hari2.
Walau bagaimanapun, cara anak belajar mengikut keserasian anak itu juga adalah antara faktor kejayaan pelajar ini juga. Sebagai contoh, pelajar ni adalah pelajar Azzahra HT. Dia memilih untuk mengikuti kelas secara berkmplan dan perseorangan seperti yang telah ditetapkan dalam planning
Alhamdulilah, dulu C & E, sekarang A
Memang, kita hanya merancang dan berusaha, Allah yang akan tentukan segalanya
DOA IBU SENTIASA MAKBUL. Jadi, antra faktor kejayaan seorang anak juga adalah, DOA SEORANG IBU. Doa yang iklas dan niat yang baik pasti Allah makbulkan. Tiada yang baik untuk seorang anak melainkan DOA SEORANG IBU
All the best to all students
Semoga kejayaan kalian menjadi asbab pahala akhirat
Iklas,
Azzahra HT
"Creating Future Together"

PERSIAPAN MENGHADAPI UJIAN AWAL TAHUN 2017

Minggu depan pelajar-pelajar semua ada yang dah mula menghadapi ujian awal tahun.
Jadi Minggu ini, kami fokus kepada teknik-teknik bagaimana untuk menjawab soalan-soalan yang bakal di hadapi oleh bakal pelajar kami...
Yang menariknya ada ibubapa inginkan kelas anaknya sehingga 16 jam untuk minggu ini atas permintaan anaknya.
Di Azzahra Home Tuition kami menyediakan perkhidmatan kelas tuisyen mengikut waktu yang di inginkan oleh ibubapa, jadual kami flexible...
Anak-anak ni, kadang-kadang last minit baru nak belajar betul-betul... Mmm... Kata ibubapa ikutkan saja, janji anak nak belajar. InshaAllah pihak kami akan jalankan amanah ini sebaik mungkin...
Alhamdulillah, pada tahun 2017 peningkatan penambahan pelajar adalah 3 kali ganda daripada tahun 2016. Terima kasih kepada semua ibubapa pelajar kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam mendidik anak-anak.
Azzahra Home Tuition
Creating Future Together

Friday, 20 January 2017

Alhamdulillah, syukur anak saya ujian percubaan UPSR dapat 6A cikgu

"Alhamdulillah, syukur anak saya ujian percubaan UPSR dapat 6A cikgu.

Terima kasih cikgu dan Azzahra Home Tuition Team. 

Dulu BI sahaja yang dapat A sekarang ni, sekarang ni semua subjek dapat A, yang paling menegejutkan saya matematik anak saya dari D dah dapat A. 

Terima kasih sangat-sangat cikgu mengajar anak saya sehingga dapat A.” 

PUAN AZURA, GREENWOOD GOMBAK
IBU PELAJAR TAHUN 6
WhatsApp
========
Cikgu Solehah : 012- 542 1825

untuk konsultasi PERCUMA.



BANYAK PERUBAHAN YANG MENDADAK DALAM MATAPELAJARAN ANAK SAYA

"Terima kasih kepada Cikgu Azzahra Home Tuition, banyak perubahan yang mendadak dalam keputusan pelajaran anak saya terutamanya dalam Matapelajaran Sains iaitu meningkat dari E kepada B hanya dalam masa 3 bulan belajar di Azzahra Home Tuition.

Sama juga dengan matapelajaran bahasa inggeris dan matematik.

Saya sangat kagum dengan cara dan teknik yang digunakan oleh cikgu kerana anak-anak saya rasa sangat seronok dan mudah untuk ingat.

Alhamdulillah, dia sentiasa mendapat nombor satu di dalam kelasnya dan bulan ini saya nak daftarkan adik dia pula untuk semua subjek. "

PUAN MAZLINDA BINTI ABU BAKAR, SELAYANG
IBU PELAJAR TAHUN 5 

WhatsApp
========
Cikgu Solehah : 012- 542 1825

untuk konsultasi PERCUMA.